Sunday, July 3, 2011

Saya Sayangkan Malaysia

Semua orang gembira tinggal di sebuah negara yang unik dan cantik seperti Malaysia. Namun apa yang menjadi kerumitan adalah apabila segelintir rakyat yang masih tidak bersyukur dengan apa yang ada, apa yang mereka lihat dan apa yang mereka dapat.

Jangan pandang keharmonian negara dari sudut politik. Pandanglah dengan panorama cinta dan kasih sayang yang wujud dalam negara ini. Tiada orang yang inginkan hidup yang terancam dan tiada orang yang ingin hilang semua kegembiraan yang masih ada dalam tangan masing-masing. Kebahagiaan sesebuah negara terletak kepada cara pembawaan setiap individu dalam mengekalkan kecintaan kepada negara.

Saya amat cintakan negara saya. Bagaimana pula anda?

Sunday, June 19, 2011

Harga Barang Naik..Darah Aku Naik

Hidup memang tidak lengkap kalau kita tidak pernah menghadapi cabaran. Namun, kalau cabaran itu datang pada masa yang salah, tidak semena-mena kita akan kebingugan. Itu sudah menjadi adat dunia hari ini. Sebut sahaja perkataan 'naik', pasti ramai yang mula berkira-kira untuk naik. Pekedai mahu naikkan harga, suri rumah dan si suami ada yang naik darah, pembeli lainnya pula makin ramai yang mula naik marah. Ini lebih tepat jika kita katakan ianya berkaitan dengan harga barang tertentu yang ada pasang surutnya. Ia bukan hanya berkaitan dengan barang-barang runcit, bahkan perkhidmatan sesuatu 'benda' juga mula mendapat perhatian yang kurang baik daripada masyarakat.

Memang adat jika harga dunia berkaitan dengan sesuatu barang atau perkhidmatan meningkat, kita juga akan merasa tempiasnya, walaupun kita berada nun jauh di negara tercinta. Namun, jika difikirkan tentang ketidak mampuan sesetengah masyarakat, adalah tidak adil untuk mengheret mereka juga ke dalam lembah isu ini. Ini kerana, mereka dari segi corak hidup adalah tidak akan berubah sepantas kilat seperti mana mereka yang berada pada status yang lebih tinggi. Malahan jika mereka didedahkan dengan isu kenaikan harga ini sama seperti orang lain yang mempunyai kedudukan status kewangan yang lebih tinggi, kesakitannya adalah lebih pedih.
 
Pada masa yang sama, kita tidak boleh sewenang-wenang menyalahkan pihak-pihak tertentu dengan tidak membawa kepada perbincangan yang khusus yang mana dalam setiap perbincangan mesti disusuli dengan satu tindakan yang drastik. Ini kerana, jika kita melemparkan tepung terus ke dalam air tanpa menjadikannya sejenis kueh yang sedap, kita hanya akan melihat air itu kelihatan putih tanpa kita sempat merasa kelebihan tepung itu sendiri. Secara ironiknya, kenaikkan itu memang sesuatu yang tidak disukai jika ianya berkaitan dengan harga. Namun ianya tetap ada ruang untuk disukai jika ianya adalah berkaitan dengan gaji.

Pada hemat anda pula bagaimana? Adakah kenaikkan harga barang dan perkhidmatan ini tidak membebankan masyarakat atau kita hanya perlu menyusuri arus kenaikkan ini kerana kita semengnya sudah berada dalam masyarakat tersebut?

Thursday, June 16, 2011

Makan Boleh Pupuk Perpaduan Kaum

Semua orang makan. Semua orang makan guna tangan. Apa yang membezakan adalah orang tak makan bila kenyang dan ada yang makan guna sudu, 'chopstick'. Namun, bab perpaduan tidak semua orang ambil tahu. Betul ke?

Kali ini kita ingin berbicara tentang kaitan antara makan dan perpaduan. Apa kaitannya? Memang makan dan makanan boleh menjurus ke arah memupuk perpaduan. Nampak ringan bukan? Tapi inilah hakikatnya. Orang Melayu suka makan Young tau fu, orang Cina suka makan kari, orang India suka makan nasi lemak, juga kaum-kaum lain. Soalannya senang, orang makan sebab dia suka. Jadi, setiap kaum suka makan makanan kaum yang lain, itu tandanya mereka tiada sifat prejudis antara satu sama lain. Mana ada orang benci seseorang tapi suka benda-benda yang ada kaitan dengan orang yang dia benci.

Hakikatnya jelas, dengan hanya makan, kita boleh menggerakkan sesuatu kaum atau bangsa semakin dekat dalam perhubungan walaupun hanya sekadar beberapa inci. Tidak usahlah kita cakap berapi, tetapi usaha ke arah itu memang tidak pernah. Semua kaum ada perasaan, jangan menyinggung perasaan mereka dengan tidak memberi mereka menjamah makanan kita, hanya kerana perbezaan warna kulit, bahasa atau tingkah laku. Mahu melakukannya bukan mudah dan tidak juga payah. Sedikit pun tidak mengapa, janji ada kesan. Bukankah begitu? Anda rasa bagaimana?

Monday, May 23, 2011

Senyum Itu Senaman Muka

Bak kata lagu dari Malique..."senyum,tak perlu kata apa-apa". Lirik yang ringkas tetapi teramatlah dalam maksudnya. Ini yang menggerakkan saya untuk berbicara sinis berkenaan dengan senyum. 

Allah memberikan kebolehan untuk manusia yang normal untuk senyum. Tiada yang susah melainkan kita yang menyusahkan diri kita untuk tidak senyum. Orang kata senyum itu sedekah. Memang benar, tapi jika setiap hari hanya mimik muka 'muncung' je yang orang lain dapat dari kita, macam mana kita nak memberikan sedekah itu. Dengan hanya kita senyum pada orang yang tidak kita kenal bila berselisih di mana-mana, membuatkan orang itu akan memandang manis perbuatan kita itu. Alangkah indah dunia jika setiap kali jumpa dengan orang lain, dia akan senyum untuk kita. Betul la kata Malique lagi..."bila semua orang senyum, dunia tiada penyakit".

Senyum juga dengan secara tidak sengaja memberikan urat-urat muka kita bergerak. Itu tandanya ia juga menjadi satu senaman ringan. Siapa tidak mahu awet muda dengan hanya senyum setiap masa. Apa yang ditakutkan, nanti ada orang kata kita 'gila' bila setiap masa senyum, tambahan pula senyum seorang diri. Apa pendapat umum tentang kelebihan senyum ini?