Thursday, June 16, 2011

Makan Boleh Pupuk Perpaduan Kaum

Semua orang makan. Semua orang makan guna tangan. Apa yang membezakan adalah orang tak makan bila kenyang dan ada yang makan guna sudu, 'chopstick'. Namun, bab perpaduan tidak semua orang ambil tahu. Betul ke?

Kali ini kita ingin berbicara tentang kaitan antara makan dan perpaduan. Apa kaitannya? Memang makan dan makanan boleh menjurus ke arah memupuk perpaduan. Nampak ringan bukan? Tapi inilah hakikatnya. Orang Melayu suka makan Young tau fu, orang Cina suka makan kari, orang India suka makan nasi lemak, juga kaum-kaum lain. Soalannya senang, orang makan sebab dia suka. Jadi, setiap kaum suka makan makanan kaum yang lain, itu tandanya mereka tiada sifat prejudis antara satu sama lain. Mana ada orang benci seseorang tapi suka benda-benda yang ada kaitan dengan orang yang dia benci.

Hakikatnya jelas, dengan hanya makan, kita boleh menggerakkan sesuatu kaum atau bangsa semakin dekat dalam perhubungan walaupun hanya sekadar beberapa inci. Tidak usahlah kita cakap berapi, tetapi usaha ke arah itu memang tidak pernah. Semua kaum ada perasaan, jangan menyinggung perasaan mereka dengan tidak memberi mereka menjamah makanan kita, hanya kerana perbezaan warna kulit, bahasa atau tingkah laku. Mahu melakukannya bukan mudah dan tidak juga payah. Sedikit pun tidak mengapa, janji ada kesan. Bukankah begitu? Anda rasa bagaimana?

No comments:

Post a Comment