Tiba-tiba hari ini terasa bagaikan ingin menjadi seorang bapa. Apa tidaknya, bila pandang kiri kanan, semua kawan-kawan sudah sedia dengan anak masing-masing. Adalah satu anugerah dari Allah apabila berkahwin dan mendapat cahaya mata. Semua mahukan anak yang comel-comel sahaja. Namun 'comel'kah cara penjagaan dan didikan terhadap anak-anak yang kita dapat tonton, tatap dan amati hari ini.
Secara tidak emosi, saya cuba untuk mengulas satu isu yang mungkin dianggap ringan oleh segelintir ibubapa hari ini, iaitu anak tanpa bapa. Yakni lebih jelas secara ilmiahnya sebagai anak luar nikah. Macam mana ianya terjadi dan wujud di bumi Malaysia ini. Sedangkan kilang membuat biskut atau sarung tangan getah sekalipun memerlukan lesen yang sah untuk beroperasi. Inikan pula kita sebagai manusia yang waras. Maaf, bukan cuba samakan kaum wanita dengan kilang atau sebagainya, namun lebih kepada gambaran jelas tentang sesuatu perkara yang sah taraf sebelum mampu untuk hidup bermaruah di bumi Malaysia ini.
Pada saya senang sahaja, sifir kepada terjadinya perkara ini adalah kerana tidak endah dengan ilmu agama, kurang didikan agama atau langsung tiada pegangan agama. Agama sewajibnya menjadi konkrit yang kukuh dalam menghindarkan perkara-perkara yang mungkar. Anak tidak sah ini mulanya dari perkara mungkar. Pada hemah anda bagaimana pula?

No comments:
Post a Comment